Pages

Saturday, October 8, 2011

Ummi Balkhis


Doa Rabitah 


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

by: Izzatul Islam

Berkumandang kemerduan lagu Rabitah Hati ini benar-benar mengusik jiwa. Tersentuh dengan tiap-tiap bait liriknya, ditambah pula dengan campuran dan gaulan memori-memori lalu, subhanallah! heningnya hati...........

Salah seorang akhwat yang selalu dirindui ialah kak Balkhis. Sangat merindui nya.. Dulu, dia sangat dekat dengan ku, bersama dalam duka, dalam suka, mengajar erti hidup yang dikehendaki Allah, membimbingku, memarahi ku, bahkan pernah juga merajuk dan terasa hati dengan ku. Bayangkan tidak pernah aku mengecilkan hati naqibah sendiri, tetapi aku telah TERbuat perkara itu dengan nya. Sungguh, pengalaman lalu benar-benar memberi pengajaran dan didikan buatku.

Kini, kak Balkhis jauh dari pandanganku. Beribu ribu batu..  Sedang menetap di US , insya Allah selama 5 tahun kerana mengikuti suaminya yang sedang menyambung pengajian PhD di sana.  Dia begitu jauh di sana, tetapi dekat di hatiku.

Rindu dengan senyumannya!
Rindu dengan taujihnya!
Rindu dengan kelembutan suaranya!
Rindu dengan ketegasannya!
Rindu dengan layanannya!
bahkan
juga rindu dengan mujahid dan mujahidahnya! (^_^)

Walau tak pernah jumpa Mush'ab, tapi ana dapat rasakan kak insya Allah bila Mush'ab dah besar, Mush'ab akan menjadi seorang mujahid yang hebat!
Begitu juga dengan Madeehah! Ana kalau rindu Madeehah, ana selalu tengok Madeehah kat sini.
Terubat rindu! ;)


Operasi update meja study

Entah kenapa mata tak boleh lelap malam tadi, lantas saya pun membuat operasi 'touch-up' meja study. Dek kerana mudah bosan dengan sesuatu perkara yang sama sahaja, jadi amat amatlah perlu untuk saya selalu touch-up meja study. Yup, untuk selalu melekat di meja study! :) Persekitaran jugakan memainkan peranan penting untuk mengghairahkan mood study tu! Ecececece! ^__^


first touch baru..banyak lagi boleh tambah lagi


family :)  rindu shangattttt!! huhu

haa..kat bawah gambar family ada banyak gambar akhwat dan besties.
Tu... tuuu..nampak tak gambar kak Balkhis pon ada taw! hihi..
Siap tengah pegang bola keranjang lagi!
Akhwat aktif u.. :)
*rindu*





Kak, doakan farah kat sini ye.. Ana rindu akak kerana Allah..


Hadith 13: Persaudaraan, Iman dan Islam

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ ن النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه البخاري ومسلم.


Terjemahan Hadith


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.

 (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)


0 untaian jejak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...