Balik daripada kelas, setelah berkendiri, saya bersedia untuk membuat ulangkaji, assignments and so on. Okay, masa untuk buka laptop!
ACER ASPIRE 4930
"Tuuuut.. tuuuuuut.."
Dua mesej saya terima daripada seorang teman.
Bekas 'classmate UniMAP'.
Sekarang sudah berkerjaya.
"Oh..sending lagu..
Istikhorah Cinta
dan
Muslimah.."
Bibirku mengukir senyuman.
::thanks::
Button 'accept' di klik.
Alhamdulillah, pertama kali dengar lagu Muslimah ini.
Mindaku segera dilayangkan kepada Sang Pencipta.
Selepas mendengar lagu ini, berbisik daripada hati kecilku..
Sebuah doa yang kutitipkan buat Dia......
"Wahai Tuhan Yang Maha Indah, Engkau indahkanlah diriku seindah muslimah ini. Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, agar aku mampu untuk meletakkan MU sebagai yang teratas dalam apa jua perkara yang aku lakukan.
Ya Allah, berikanlah sifat MU yang lembut sehingga kecantikanku datang dari MU bukan dari luar diriku. Berilah aku tangan MU sehingga aku selalu mampu berdoa untuk kebahagiaan diriku di dunia dan akhirat, jua doaku buat keluarga ku yang tercinta dan buat umat.
Berikan aku mulut MU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaan MU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat mendukung anak-anak halaqahku bersamaku, memimpin tangan bersama-sama di dalam dakwah ini.
Ya Allah Yaa Robbi.. Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan kepadaku, maka jadikan keindahan hati dan akhlakku melampaui kecantikan wajahku..
Engkau telah menyentuh hatiku untuk menutup aurat, maka jadikan penutup auratku memperindah cahaya aura taqwa..
Engkau telah indahkan senyumku,maka jadikan senyumku selalu terkembang tuk menghiasi dakwah...
Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada aqal budiku, maka jadikan kebijaksanaanku meninggikan derajatku..
Engkau telah tanamkan iman dan taqwa ke dalam hatiku, maka aku mohon wahai Allah, jadikan keimanan dan ketaqwaan yang istiqomah menjadi jiwa kecantikan ku...
Jadikanlah jiwa raga dan kalbuku menjadi wanita solehah....
Kurniakan aku suami yang bertanggungg jawab, yang dapat menjadi imam dalam kehidupanku kelak...
Tanamkan jiwa pejuang srikandi sejati dalam diriku....
Ingin sekali aku syahid dijalan Mu ya Allah..
Jadikanlah akhir hidupku kembali pada MU dengan khusnul khotimah...
Ameen.."
Tatkala ini, wajah-wajah akhwat kesayanganku berlegar-legar di minda. Begitu juga bayangan kakak-kakak ku dan adikku. Aku titipkan doa buat kalian juga, moga kita semua menjadi wanita solehah, muslimah, penghias dunia. Insya Allah...
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."
[HR. Muslim]
MUSLIMAH
-Nazrey Johani-
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
p/s: Thank you to the sender. May Allah bless you! Insya Allah.



0 untaian jejak:
Post a Comment