Monday, October 3, 2011

Fatimah Syarha


Allah itu Maha Adil!

Ya. Saya begitu merasai keadilan Allah swt yang tak terperi. Begitu Allah menghadiahkan saya sesuatu yang tidak disangka-sangka selepas pengorbanan demi pengorbanan dilakukan demi NYA. Minggu lepas saya mendapat panggilan telefon daripada ukhti Shafriena. Dia meminta bantuan saya menggantikannya untuk sesi muhasabah kepada pelajar-pelajar KMB dan KTT yang bakal bergelar doktor suatu hari nanti. Muhasabah yang bukan seperti biasa, tapi muhasabah ala-ala ESQ yang seharusnya meninggalkan impak mendalam pada peserta. Sejurus mendapat panggilan tahu, saya berfikir-fikir, dari Perlis ke Banting... jarak nya bukan dekat, patutkah saya pergi? Tidak lagi memberikan persetujuan, tapi minta masa untuk dipertimbangkan.

Malam itu, mas'ulah program Semai Kasih pula menelefon saya dan berharap agar saya menyetujuinya. Kebetulan ketika itu saya baru sahaja selesai ber'dating' dengan kekasih Agung, meminta agar dibimbing untuk memberi petunjuk yang terbaik dalam kehidupan. Di saat genting itu juga, saya mengimbas kembali kata-kata taujih yang sering saya lontarkan pada halaqah saya, "Kenapa kita selalu berkira-kira dengan Allah. Berkira-kira untuk mengorbankan harta, masa, tenaga atau apa sahaja untuk agama, sedangkan tidak pernah sekalipun Allah berkira-kira dengan kita. Tak malunya kita dengan Allah!" 

Saya beristighfar. Bermuhasabah.

"Ya Allah, apakah pantas aku menolak permintaan mereka? Demi Allah yang Menciptakan aku, betapa aku meyakini akan janji-janjiMU!"



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)



إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Qur`an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 111)



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ. تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ. يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ. وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari adzab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.” (Ash-Shaff: 10-13)


Saya menyetujui. Alhamdulillah, gembira dan puas selepas membuat keputusan ini dan selepas membaca pujukan-pujukan Allah melalui SMS Nya. Syukur!

Apatah lagi, kegembiraan saya lebih girang lagi apabila dua akhwat turut sedia menemani saya. Jazakumullah ukhti Akma dan Teh! Uhibbuki fillah! (^_^)




Semai Kasih

Alhamdulillah. Program berjalan lancar dan saya sangat gembira. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini. Sungguh, aku ingin sentiasa berada dalam jagaanMU.


Selesai program di Banting, saya ke Bangi. Pada asalnya sedikit hampa apabila diberitahu tiket ke Perlis pada tengahhari tiada dan akhwat telah menyediakan tiket yang berjadual pukul 8 malam.  Fikirnya mahu segera sampai di kolej kediaman kerana mahu membuat revision sebelum ke kelas esoknya.  Sekali lagi, saya terus husnuzon dan bersangka baik dengan Allah. Pasti ada hikmahnya! 

Pujukan Allah sekali lagi membuai hatiku.

“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui “ (Q.S. Al-Baqarah:216)




Fit & Fabolous -UKM

Syukur dipanjatkan setinggi tinggi nya ke hadrat Allah! Allah benar-benar menepati janjinya! Kebetulan hari itu PEMBINA UKM menganjurkan sebuah program gemilang FFC, istimewa untuk wanita. Dan pada sebelah petangnya, terdapat sesi forum "Kerana Dirimu Begitu Berharga" yang menampilkan ahli panel Dr Sharifah, Fatimah Syarha dan Farah Adeeba (artis). Subhanallah! Tak putus putus syukur pada Allah, kerana telah memberi peluang dipertemukan dengan seornag wanita yang benar-benar saya kagumi dan memang sedari dulu, teringin sekali bertemu dengan nya, sehingglah hari ini Allah mempekenankan. Thank You Allah! 



Fatimah Syarha Mohd Nordin



Bertemu dan menatap senyuman manisnya begitu mendamaikan jiwa. Begitulah Allah memelihara hambaNYa yang benar-benar takut pada dosa.

Pada masa yang sama, saya dan 2 akhwat yang menemani dari Perlis benar-benar bertuah dan bernasib baik hari ini. Sudahlah dapat menghadiri forum yang hebat, kami bertiga masing-masing dapat memenangi cabutan bertuah. Dan syukur sangat, saya mendapat hadiah buku himpunan Juz 28, 29 & 30 Al Quran & Al-Mathurat. Dari dulu lagi saya nak beli buku tu, dan alhamdulillah sekali lagi Allah mempekenankannya pada hari ini. Syukur!!

Gembira pada hari ini. Bertemu ramai akhwat/PEMBINA Bangi yang dirindui. Berkenalan dengan adik-adik KMB dan KTT. Bertemu dengan Fatimah Syahra. Bertemu Insyirah dan Bond Aini. Ya Allah, Engkau Maha Pengasih!



Kini, segalanya dalam kenangan. Biaq lah kegembiraan ini berkekalan, wahai Kekasih Agungku. Thank You Allah! 


“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rizki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya” 
(Q.S. Ath-Thalaq: 2-3)






0 untaian jejak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...