Sem baru menjelma. Kerenah rakan-rakan yang mencuit hati datang kembali mengusik diri. Kelibat pensyarah-pensyarah memberi semangat baru untuk saya belajar. Ilmu yang dicurahkan melimpah limpah bak hujan yang membasahi bumi. Tapi mampukah saya membasahkan diri ini?
Terus dan terus mujahadah untuk berjaya!
Alhamdulillah, sudah 2 minggu di kampus. Minggu pertama lepas saya amat sibuk dengan 'final touch' report latihan industri saya. Dalam masa 3 hari sahaja saya buat report itu, huhu memang suka last minit preparation. Alhamdulillah, sukses! Terlalu amat merindui Hitachians.... Banyak pengalaman dan pedoman yang saya timba sepanjang saya training di Hitachi. Terima kasih daun keladi, insya Allah ada rezeki kita berjumpa lagi.
Kepada superior saya, En Saiful. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, teguran, kritikan, perkongsian, kata-kata yang sememangnya saya ambil positif dan optimis semuanya. Memang pada permulaan terasa kecil hati dengan setiap kritkan dan teguran, namun setelah menelepos kedalam diri, saya tahu itu adalah suatu kata-kata yang mulia, yang jujur dan tidak bersembunyi. Kritikan encik kritikan membina! Saya terus muhasabah diri dan sentiasa ingat dengan setiap nasihat yang encik kongsikan. Sekarang saya semakin matang! Ahhaaa.. Thank You Sir!
p/s: i just bought my own Sudoku's book! =)
Dakwah Kampus
Terus berusaha menjadikan diri lebih baik. Subhanaallah... Dakwah kampus sem ini benar-benar mencabarku. Wahai Allah yang membolak balikkan hati hamba Mu ini, tetapkanlah hatiku hanya di jalan MU. Syukur atas nikmat tarbiyah yang telah Allah hadiahkan kepadaku. Seringkali diri aku leka dengan keindahan dan penipuan dunia, namun apabila terlintas taujih akhwat d mindaku, aku terduduk dan muhasabah. Terus dan terus muhasabah!
Siapa aku?
Apa tujuan aku hidup?
Atas ihsan siapa aku masih bernafas?
Sampai bila aku akan terus hidup?
Ke mana akhirnya aku akan pergi?
Lontarkan soalan. Tanya pada diri! Allahu Robbi! Setiap jawapan pada pesoalan itu ku sebut nama MU. Hanya untuk Mu.. Segalanyaaa.........
Menjadikan 2 medan sebagai tempat singgah setiap minggu. Management masa amat perlu saya titikberatkan sekarang. Menerajui halaqah core di 2 medan, wajib untuk saya selalu menjaga diri. Iya, masakan kita pum pang pum pang bertaujih dan mengajar, tapi diri sendiri kandas. Harus untuk saya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam kehidupan yang saya rasakan semakin mencabar dan bergelora ini.
"Sesungguhnya jika aku sdg menasihati kamu,bukanlah beerti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu.
Bukan juga yang plg soleh dlm klngn kamu,krn aku jg pernh melampaui batas utk diri sendiri.
Sekiranya seseorang itu hanya boleh meyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"
(Imam Hasan Al-Basri)
Jika Abdullah Ibnu Maktum boleh pergi ke medan perang ketika Perang Yarmuk dengan memakai baju besi dan memegang bendera, walhal beliau secara fizikalnya buta, mengapa tidak saya sepertinya. Kerana secara fizikalnya alhamdulillah sempurna Dia berikan. Tidak mahu mencipta alasan, tidak mahu berkira-kira. Berjuang berhabis habisan, seperti taujih Imam Ahmad bin Hambal, tidak ada waktu berehat di dunia ini, kecuali engkau mati.
Akhwat ku yang disayangi kerana Allah swt,
Sentiasa bersemangat dalam dakwah dan study. Bukan mahu berjaya mendapat takhta di dunia sahaja, tapi juga mahu gemilang di mata Allah. Pandanglah setiap orang di sekeliling mu dengan kaca mata dakwah. Sebarkan salam, sebarkan senyuman. Bertawazun lah ukhti dalam setiap perkara yang kita lakukan dalam bahtera kehidupan ini. Insya Allah, Allah akan membantu hidupmu dan meneguhkan kedudukanmu, jika antuna membantu agama Nya. We give one, we get double from Him. The Great of Allah!
"Apakah kita telah memberikan sepenuh kepatuhan dan pengabdian kepada Allah?"
0 untaian jejak:
Post a Comment